Day 1: 17hb Oct 2018
Bismillahirrahmanirrahim..
Ok perjalanan ke Korea ni sebenarnya our very 1st trip ke luar negara yang jauh.Masa ni memang tak tahu what to expect bila dekat negara orang tapi sebab seronok tengok orang pergi bercuti ke Korea dan macam senang so beranikan diri untuk book tiket.
Masa nak book tiket alhamdulillah terjumpa tiket murah nak ke korea time Matta Fair ,MAS offer tiket sangat murah,kos untuk tiket dua orang return around RM 1.9k ++ which is sangat berbaloi sebab siap food dan luggage,tapi bertambah sikit masa bayar sebab aku ada ambil travel insurance.
17hb tu awal-awal pagi dah bangun gerak ke Putrajaya Sentral dalam pukul 9.30 pagi camtu.Plan nak breakfast kat Putrajaya Presint 8 dulu siap-siap sebelum ke Putrajaya sentral. Beli tiket sehala RM 9.50 untuk seorang ke KLIA. Parking kat luar je sebab nak jimat so FOC je.
Oh lupa sehari sebelum tu aku ada sewa poket wifi dengan Wiyo kat website dia.
Siapa nak usha boleh click sini
http://www.wiyo.my/ .
Untuk Poket wifi ni recommended sangat sebab sangat laju dan berguna semasa kat Korea. Sewa untuk 5 Hari around Rm90 rasanya tapi kena ada credit card untuk deposit RM200. Nanti kita refund dia punya router wifi tu masa balik dia akan refund balik duit dalam masa 14 hari bekerja.
Masa boarding kitaorang dalam pukul 1.15 petang,nasib baik time tu zohor masuk awal so pergi surau area dekat boarding gate masuk je waktu terus solat jamak dan qasar sebelum boarding. Alhamdulillah flight on time tak delay.
Jom ke Korea!
Atas flight makan dua kali..we all nasib tak baik time sampai seat kitaorang nasi dah habis.so makan apa yang ada je. Tapi ok lah sedap lah.Tapi lagi sedap makan atas Airasia.hehe..
Makan Fish fillet dengan fettucini ke apa nama dia ni and dessert.
Dalam pukul 9.45 p.m waktu Seoul alhamdulillah mendarat di Seoul Incheon Internation Airport.
Keluar je flight terus cepat-cepat sebab nak naik train takut dah lambat. Nasib baik tak lama tunggu nak ambil luggage.
Sebelum tu beratur dulu nak lepas imigresen.Orang punya la ramai beratur nak masuk korea. Ingatkan dah lewat takda orang sekali meleset. So beratur la dalam 45 minit gitu.
**Tips untuk isi white card pastikan isi siap-siap alamat penuh
tempat stay kat borang,kalau tak nanti dia suruh pergi isi kat luar. Dah
la beratur panjang.Aku kena macam tu,sampai je kat depan tiba-tiba
alamat dia kata tak lengkap. So kena keluar isi balik white card. Lepas
tu tak kuasa nak beratur balik sebab orang ramai,so aku potong je line
pergi depan terus. Nasib baik ada orang bagi laluan.
Benda pertama kena buat Beli T-Money. T-Money ni macam kad touch and go kita kat malaysia. Nak kena cari CU iaitu convinient store. Keluar Arrival Exit C,belok kiri hingga jumpa jalan sampai jumpa starbuck,kedai CU sebelah starbuck. Dekat CU beli T-money 4000krw dan topup siap-siap 30,000 krw setiap seorang.
Lepas dah beli T-money terus cari AREX. Naik AREX boleh direct ke Hongik University Station iaitu kitaorang punya airbnb.
**Last Train untuk AREX 11.50 p.m di Incheon International Airport
AREX ride untuk ke homestay. Perjalanan dalam sejam jugak nak ke Mapo-Gu
Untuk homestay we all pilih Modern Pink House,328-68 Seogyo-dong 203호, Mapo-gu, Seoul 121-210, South Korea. Boleh cari kat sini.
https://www.airbnb.com/.
Untuk ke guesthouse, Exit 6,walk 5 minutes untuk ke GuestHouse Level 1.
Rumah yang we all stay ni sangat bersih dan selesa. Recommended sangat dan dekat je dengan Hongik University station. Kawasan kejiranan dia sangat tenang dan rumah bersih siap ada peti sejuk,mesin basuh dan dapur untuk memasak. Harga untuk 5 malam tak silap around Rm1500++.
Sebelum naik bilik singgah e-mart untuk beli kami beli 2 ready made rice and makan dengan sambal ikan bilis ciknor dan goreng telur mata 2 biji untuk dinner malam tu. Tapi sebab tak lapar tak jadi dinner. Terus tidur keletihan.
Untuk Sambungan Part 2 click sini.
Bercuti Ke Korea Musim Luruh Part 2
Bercuti Ke Korea Musim Luruh Part 3