Monday, March 11, 2019

Bercuti Ke Korea Musim Luruh Part 3



Day 3: 19hb Oct 2018

Ok hari ketiga we all masukkan untuk ke Namsan Tower. Plan Asal sebenarnya nak ke Everland. Tapi disebabkan we all tak berapa nak gemar theme park rasa macam membazir je pergi situ. So decide ke Namsan Tower Sahaja untuk harini.

Awal pagi dalam pukul 5 pagi bangun, mandi dan solat Subuh. Kat sini subuh agak awal so we all bangun awal untuk subuh then tidur balik. Haha!Pergi trip sendiri ni best sebab we all memang tak rushing nak kejar masa. Cari our own sweet time untuk pergi mana-mana. Memang tak suka nak kejar-kejar tetap masa. Kata bercuti kan!

So sebelum keluar untuk wanita jangan lupa bawa telekung untuk solat . Aku memang spare telekung jenis ringan untuk travel.

We all ada jugak bawak botol spray untuk wudhu masa pergi umrah haritu just in case.

*Tips pastikan bawak botol air kosong untuk isi air,toilet kat sini mostly takde kepala paip. So kalau nak ehem ehem amik air kat sinki then baru masuk tandas okeh!haha

Dari Hongik University bergerak ke Myeondong Station untuk ke Namsan Tower, untuk ke Namsan tower keluar exit 3, cari bangunan untuk naik namsan tower Cable Car sebelah kiri dari exit,Namsan tower cable car kena jalan ke kiri naik bukit,agak jauh dari cable car dan jalan naik bukit. Sampai kat atas optional boleh naik ke Seoul Tower untuk tengok pemandangan Bandar Seoul dari puncak Namsan,so we all decide nak naik.

Depan Station MyeongDong

Jalan nak naik ke Namsan Cable Car,sis bukak jaket sebab macam xberapa sejuk.haha
Depan Restoren Halal Kampungku,Mark siap-siap nak makan sini tengahari nanti.

Setelah berjalan naik bukit yang agak tinggi akhirnya sampai jugak!Cable Car station


View dari Atas..

Dalam cable Car

Ni dah sampai atas,ada macam naik tangga sikit. Masa ni rasa macam agak panas so sis selamba tak pakai jaket pon.

Tempat kunci-kunci tu

Yang ni pintu masuk nak naik Seoul Tower.Nak Naik Seoul Tower ni kena bayar lain,8000KRW untuk seorang kalau tak silap. dah lupe :p

Atas Seoul Tower nampak seluruh bandar Seoul!cantik sangat bandar dia..tersusun elok dan siap nampak sungai

Singgah toilet.Dinding fesyen macam ni kat atas tu.nak membuang pon serammm

Masa ni aku kelaparan sebab penat jalan kaki jauh,so tengok churos terus beli.sedap!

Ni kerusi patah yang orang selalu duk pose tu.

Husband nak ambil gambar sini dia kata tempat scene filem ape ntah!husband aku memang kaki K-Drama ok

Ni pon port filem tapi xtau filem apa.haha

Minta ada seorang budak perempuan ambilkan gambar


Dah habis turun dari Namsan pergi balik ke restoren kampungku tadi.

Husband order Bibimbap dan ayam goreng dan aku order kimchi jigae tuna!Makanan paling sedap kat sini!mesti cuba!

Ayam goreng.Sedap!
Habis makan kitorang memang terus solat dan restoren kampungku tadi. Kat situ memang ada disediakan surau sekali dengan telekung. Tandas pun ada pili air. restoren ni area-area Myeondong tu je tapi seberang jalan hala ke Namsan Tower. So sesiapa datang sini kalau nak jalan-jalan sampai malam boleh solat dan pergi toilet kat sini.Dia ada tulis boleh tumpang solat even tak makan kedai ni pun! Baik kan!!

Ok dah solat rehat sekejap,sambung pusing-pusing area Myeongdong. Kisah nak cari Myeongdong Street memang boleh gaduh.Tak jumpa cari duk pusing-pusing area Myeongdong station.tu.Orang kata dekat tapi x jumpa-jumpa.Rupanye kena lintas jalan jeeeeee..adoiii..dekat sejam jugak berpusing area situ.
Aku try beli roti telur ni sebab orang kata sedap.Bagi aku biasa-biasa je rasa dia

Ambik gambar dengan Oppa untuk kenangan

Yang ni ada jual lobster atas tu dia tabur cheese,tapi we all tak beli pon mahal sangat

Yang ni sotong kurita yang tangan dia tu. Sedap!

Husband nak try makan Odeng ni.Sedap!!makan sejuk-sejuk..tapi cari yang halal k

Yang ni hotteok.macam bun dalam dia ada kacang+gula ..aku tak berapa gemar






Lepas tu duk jalan jalan ada jumpa uncle ni jual gula gula madu. So sebab dah terpengaruh beli la jugak walaupun mahal. Beberapa kotak jugak beli buat sourvinier untuk family.

 

Dah settle beli few barang-barang yang kawan-kawan kirim terus gerak balik sebab kaki dah sakit jalan banyak sangat. 

Sambung ke Part 3 pulak k.


No comments:

Post a Comment

Bercuti Ke Korea Musim Luruh Part 3

Day 3: 19hb Oct 2018 Ok hari ketiga we all masukkan untuk ke Namsan Tower. Plan Asal sebenarnya nak ke Everland. Tapi disebabkan we all...